Makan · Jalan · Aktiviti
Makan, tempat menarik & aktiviti
Makan · Kuala Lumpur

Supamala Hotpot, Chow Kit: Bufet Hotpot Halal dari RM45.80

Hotpot Szechuan halal di Jalan Raja Abdullah. Bufet Classic dari RM45.80 dengan free flow 2 jam, atau naik taraf ke Deluxe untuk seafood dan daging premium.

Supamala Hotpot, Chow Kit

Supamala Hotpot di Jalan Raja Abdullah, Chow Kit dikenali sebagai antara restoran hotpot Szechuan pertama di Malaysia yang dapat sijil halal JAKIM. Kini bufetnya dinaik taraf dengan lebih banyak pilihan pada harga bermula RM45.80.

Classic Buffet. Free flow selama 2 jam dengan pelbagai pilihan seafood dan daging: hirisan ayam, sotong bunga, siput buluh, ikan dori dan banyak lagi. Side dish, pencuci mulut dan aiskrim pun free flow.

Deluxe Buffet. Untuk pilihan yang lebih premium, naik taraf ke Deluxe untuk seafood dan daging premium, termasuk hirisan daging Angus tanpa had. Jangan lupa cuba signature platter mereka.

Sekarang ada promosi 10% diskaun untuk Deluxe Buffet. Restoran ini turut menyediakan valet percuma, jadi tak perlu pening cari parking di Chow Kit.

Tip

  • Ada valet percuma di depan restoran.
  • Ambil Deluxe Buffet kalau nak Angus beef tanpa had, sekarang ada 10% diskaun.
  • Masa makan bufet dihadkan 2 jam.
  • Untuk kumpulan besar, boleh tanya tentang bilik VIP.
Alamat
50, Jalan Raja Abdullah, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur
Waktu operasi
Setiap hari, 12 tengah hari – 11 malam
Harga
Dari RM45.80 seorang
Telefon
011-2668 3916

Tonton video FuyohhTV di TikTok