Street Vibes, DPulze Cyberjaya: Port Lepak Malam Hujung Minggu
Street Vibes di DPulze Cyberjaya menghimpunkan gerai makanan viral, dari mi bandung Johor dan char kuey teow hingga air jeli dan taco, setiap Jumaat hingga Ahad pada waktu malam.
Orang Cyberjaya yang buntu nak lepak ke mana pada malam hujung minggu, ini jawapannya. Street Vibes ialah ruang lepak yang dibuka setiap hujung minggu di DPulze Cyberjaya, dengan deretan gerai makanan dan minuman viral di satu tempat. Ketika kami merakam video pada Ogos 2026, ia beroperasi dari Jumaat hingga Ahad, 5 petang hingga 12 tengah malam.
Untuk makanan berat, ada nasi berlauk yang dihidang panas-panas dengan ayam goreng yang memang rangup. Peminat mi bandung Johor pula wajib singgah kerana hidangannya cukup mengenyangkan. Nak rasa authentic Thailand, cuba House of Tomyam, manakala char kuey teow dari gerai Angah juga antara yang kami suka. Kalau masih belum kenyang, ada juga taco Mexico yang segar dan senang dimakan sambil berjalan.
Bahagian manis-manis pun tak kurang. Ada goreng pisang cheese viral dengan slogan 'sekali gigit lupa diet', serta gerai air buah jeli yang paling terkenal dengan air Ribena laici jeli dan menu baharu air epal hijau jeli. Air Thai viral juga ada untuk korang yang suka minuman manis berkrim.
Gerai dan menu di pasar malam begini boleh bertukar dari minggu ke minggu, jadi anggaplah senarai di atas sebagai gambaran suasana. Yang pasti, Street Vibes ialah pilihan santai untuk makan ramai-ramai selepas penat bekerja seminggu.
Tip
- Datang selepas Maghrib untuk suasana paling meriah, tetapi lebih awal jika mahu pilihan gerai lengkap.
- Semak media sosial Street Vibes sebelum datang kerana waktu operasi dan senarai vendor boleh berubah.
- Bawa kawan ramai-ramai supaya boleh berkongsi dan rasa lebih banyak gerai.
- Sediakan wang tunai kecil dan e-dompet kerana kaedah bayaran berbeza ikut gerai.
- Alamat
- DPulze Shopping Centre, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor
- Waktu operasi
- Jumaat–Ahad, 5 petang – 12 tengah malam (ketika Ogos 2026)
