Makan · Jalan · Aktiviti
Makan, tempat menarik & aktiviti
Tempat Menarik · Perlis

Short Trip Perlis 2 Hari 1 Malam: Gua Kelam, Kampung Wai, Padang Besar

Jalan-jalan 2 hari 1 malam di Perlis: Gua Kelam, kayak di Kampung Wai, Tasik Timah Tasoh, shopping di Padang Besar, Wang Kelian Viewpoint RM2 dan seafood.

Short Trip Perlis 2 Hari 1 Malam

Bercuti ke Perlis tapi tak tahu nak pergi mana? Jom ikut short trip 2 hari 1 malam ke Perlis, negeri paling utara di Malaysia.

1. Gua Kelam, Kaki Bukit. Tak sah ke Perlis kalau tak singgah tarikan ikonik ni. Gua ini pernah digunakan untuk aktiviti perlombongan bijih timah. Kali ni kami masuk ke Gua Kelam 2 untuk meneroka tinggalan lombong lama, laluan gua yang gelap dan kawasan berair, siap nampak peninggalan sejak puluhan tahun dahulu.

2. Kampung Wai. Di sini boleh naik kayak atau bot sambil menikmati pemandangan bukit batu kapur yang berusia ratusan juta tahun. Ada juga terowong air terpanjang di Malaysia, kira-kira 765 meter, menembusi bukit batu kapur.

3. Tasik Timah Tasoh. Tasik takungan air buatan manusia yang siap pada 1992. Nikmati pemandangan tasik berlatar belakangkan bukit hijau, dan pada waktu tertentu banyak bunga teratai boleh dilihat. Lagi seronok kalau dapat naik bot.

Penginapan. Kami menginap di ClubRock Perlis Signature Hotel, betul-betul berhampiran Gua Kelam. Sesuai untuk berehat selepas seharian berjalan, dikelilingi kehijauan, dan lagi cantik waktu malam.

4. Shopping di Padang Besar. Padang Besar kini makin cantik. Boleh shopping pakaian, kekacang dan macam-macam barangan popular dari Thailand, jadi sediakan duit lebih.

5. Wang Kelian Viewpoint. Naik untuk menikmati panorama alam semula jadi Perlis dengan bayaran masuk RM2 sahaja.

6. Makan. Singgah gerai siput bakar di tepi laut yang terkenal dengan makanan laut seperti siput bakar dan belangkas, dengan suasana senja yang cantik. Untuk seafood waktu malam, kami makan di Umar Seafood & Grill, ruang makan luas dan sesuai untuk family atau kawan-kawan.

Tip

  • Bawa lampu suluh dan kasut sesuai untuk masuk Gua Kelam.
  • Sediakan duit tunai lebih untuk shopping di Padang Besar.
  • Wang Kelian Viewpoint cuma RM2 masuk.
  • Datang ke tepi laut waktu senja untuk siput bakar dan pemandangan matahari terbenam.
Alamat
02200 Kaki Bukit, Perlis

Tonton video FuyohhTV di TikTok