Halab KL Arabic Restaurant, Bukit Bintang: Makanan Arab Authentik
Restoran Arab terkenal di Jalan Berangan dengan mix appetizer, kabsa ayam, fahsa kambing, shawarma dan kopi Arab, dibuka setiap hari dari 8 pagi hingga 5 pagi.

Peminat makanan Timur Tengah di KL, yang ni memang kena masuk list. Halab KL Arabic Restaurant di Jalan Berangan, Bukit Bintang terkenal dengan masakan Arab yang authentik pada harga yang berbaloi, dalam suasana yang eksklusif. Di Google Maps, restoran ni mendapat 4.7 bintang daripada lebih 8,000 ulasan.
Mulakan dengan mix appetizer yang datang dengan tiga pilihan: muttabal, hummus dan baba ganoush. Cicah dengan roti Arab yang panas, memang ngam.
Untuk hidangan utama, wajib cuba kabsa chicken. Ayamnya besar, nasinya berempah dan perencahnya cukup, confirm kenyang. Kalau nak yang panas berasap, fahsa lamb yang dihidang mendidih dalam periuk batu memang rugi kalau tak cuba. Datang restoran Arab tak makan shawarma pun tak sah, jadi pesan Arabic chicken shawarma. Nak yang lebih western sikit, ada juga fettuccine alfredo.
Untuk minuman, cuba Arabic coffee pot atau teh dalam teko. Dua-dua pekat dengan aroma herba. Kalau nak yang sejuk, ada pelbagai jus segar.
Restoran ni besar, siap dua tingkat, lengkap dengan bilik VIP dan surau. Waktu operasinya setiap hari dari 8 pagi hingga 5 pagi, jadi sesuai untuk makan lewat malam lepas jalan-jalan di Bukit Bintang. Halab juga ada cawangan di Setia Alam. Baca ulasan kami tentang Halab Setia Alam.
Tip
- Datang beramai-ramai dan kongsi mix appetizer serta kabsa supaya dapat rasa lebih banyak menu.
- Buka hingga 5 pagi, sesuai untuk supper selepas jalan-jalan di Bukit Bintang.
- Tempah bilik VIP lebih awal untuk majlis atau makan bersama keluarga besar.
- Parking sekitar Jalan Berangan terhad; pertimbangkan naik LRT/monorel ke Bukit Bintang.
- Alamat
- 35, Jalan Berangan, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
