Big Food Festival 30.0, AEON Bukit Tinggi: Pesta Makanan Viral di Klang
Big Food Festival edisi ke-30 singgah di Klang dari 15 hingga 18 Oktober dengan mojito Air Vengers, mango buko, kentang sumbat, cheese tart dan banyak lagi makanan viral.

Orang Klang yang tak tahu nak lepak mana hujung minggu, ini jawapannya. Big Food Festival kini masuk edisi ke-30.0 dan kali ni singgah di kawasan AEON Mall Bukit Tinggi, Klang, dari 15 hingga 18 Oktober 2026. Selain makanan viral, ada juga artis terkenal dan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga.
Tengah panas-panas, kami terus cari air di gerai Air Vengers, yang terkenal dengan mojito. Antara perisa yang kami cuba ialah strawberi dan Ribena laici mojito. Memang 10/10, wajib cuba.
Nak pencuci mulut yang sejuk? Gerai Buko ada pelbagai perisa, tapi yang paling best kami rasa ialah mango buko, sangat menyegarkan. Ada juga minuman dalam tin yang lain dari biasa, dari perisa sparkling sampai milky, dan yang paling sedap bagi kami ialah air coklat.
Kalau nak yang mengenyangkan, cuba kentang sumbat dengan inti yang penuh dan berlemak. Peminat dessert pula boleh singgah gerai Cheesetart Buncit. Ada banyak lagi gerai makanan menarik, jadi datang dengan perut kosong.
Festival ni hanya 4 hari. Ikuti akaun rasmi @bigfood_festival di TikTok untuk lokasi dan tarikh edisi seterusnya.
Tip
- Datang petang atau malam untuk elak panas terik di kawasan terbuka.
- Bawa geng dan kongsi makanan supaya boleh rasa lebih banyak gerai.
- Bawa duit tunai dan e-wallet; kaedah bayaran berbeza ikut gerai.
- Ikuti @bigfood_festival untuk jadual edisi akan datang.
- Tarikh
- 2026-10-15 hingga 2026-10-18
- Lokasi
- Big Food Festival 30.0, AEON Mall Bukit Tinggi, Klang
