Bazar Ramadan Bandar Tasik Puteri, Rawang: Bazar Terpanjang di Malaysia, Katanya
Bazar Ramadan di Bandar Tasik Puteri, Rawang tular pada awal Ramadan 2026 sebagai bazar Ramadan terpanjang di Malaysia, dengan deretan khemah sejauh kira-kira 1.4 kilometer.
Pada hari pertama Ramadan 2026, kami ke bazar yang digelar bazar Ramadan terpanjang di Malaysia, katanya. Bazar ini terletak di Bandar Tasik Puteri, Rawang, dan deretan khemahnya tersusun memanjang di kawasan lapang.
Menurut laporan media, panjang bazar ini kira-kira 1.4 kilometer. Ramai warganet berseloroh bahawa berjalan dari hujung ke hujung sudah boleh dikira sebagai senaman brisk walk sebelum berbuka.
Hari pertama bazar turut menjadi tular apabila angin kencang menerbangkan beberapa khemah peniaga. Bazar ini beroperasi sepanjang Ramadan 2026 dan kini sudah berakhir.
Tip
- Pakai kasut selesa kerana bazar ini sangat panjang.
- Tentukan dahulu apa yang mahu dibeli supaya tak penat berpatah balik.
- Perhatikan cuaca; angin kencang dan hujan petang boleh mengganggu gerai.
- Tarikh
- 2026-02-19 hingga 2026-03-20
- Lokasi
- Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor
