AI & I Roadshow 2026 di IOI City Mall: Cuba Aktiviti AI, Cabaran Gaming dan Rebut Tawaran Tech Menarik!
Peminat teknologi dan kaki shopping, ada event menarik yang sedang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya!

Peminat teknologi dan kaki shopping, ada event menarik yang sedang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya! Brightstar Computer membawakan AI & I Roadshow 2026, sebuah roadshow yang menggabungkan promosi produk teknologi, pengalaman AI interaktif serta pelbagai cabaran menarik untuk pengunjung.
Gambar: FuyohhTVBukan sekadar tempat untuk melihat dan mendapatkan gadget baharu, roadshow ini turut menawarkan aktiviti menyeronokkan dengan peluang membawa pulang hadiah menarik.

Gambar: FuyohhTVTawaran Tech Menarik Sepanjang Roadshow
Kalau korang tengah mencari laptop baharu, desktop, gaming PC atau aksesori komputer, ini peluang untuk survey pelbagai produk teknologi di satu tempat.
Pengunjung boleh melihat pilihan produk daripada pelbagai kategori serta menikmati promosi dan tawaran eksklusif yang tersedia sepanjang roadshow. Sama ada untuk kegunaan kerja, belajar, gaming atau setup komputer sendiri, ada pelbagai pilihan untuk diterokai.

Gambar: FuyohhTV
Gambar: FuyohhTV
Gambar: FuyohhTVCipta Gambar AI dan Bawa Pulang Kenangan Percuma
Antara aktiviti yang menarik perhatian ialah AI Image Experience di zon AI khas.
Pengunjung berpeluang mencuba pengalaman menjana gambar menggunakan teknologi AI dan menghasilkan imej peribadi yang unik. Lebih menarik, gambar tersebut boleh dicetak sebagai kenangan percuma untuk dibawa pulang!
Peserta juga akan menerima voucher RM5 tanpa minimum pembelian, menjadikan pengalaman ini lebih berbaloi.

Gambar: FuyohhTVCabaran GPU Wall – Berpeluang Menang NVIDIA GeForce RTX 5070!
Untuk pengunjung yang suka cabaran, jangan lepaskan peluang mencuba “Guess It Correct! – GPU Wall Challenge.”
Uji pengetahuan dan ketepatan tekaan korang menerusi cabaran interaktif ini. Paling menarik, peserta berpeluang memenangi NVIDIA GeForce RTX 5070 GPU!
Memang aktiviti yang wajib dicuba oleh peminat gaming dan hardware komputer.
Gambar: FuyohhTVStop Time Challenge – Uji Ketepatan Masa!
Satu lagi aktiviti yang mencuri perhatian ialah Stop Time Challenge.
Cabaran ini menguji ketepatan peserta untuk menghentikan timer pada masa yang ditetapkan. Walaupun nampak mudah, korang kena betul-betul fokus untuk mendapatkan timing yang tepat!
Peserta berpeluang membawa pulang hadiah tech eksklusif serta shopping voucher bernilai sehingga RM50.

Gambar: FuyohhTVMeriah dengan Pelbagai Produk dan Aktiviti
Sepanjang roadshow, pengunjung boleh melihat pelbagai paparan produk teknologi, meneroka setup komputer dan gaming serta menyertai aktiviti interaktif yang disediakan.
Suasana roadshow turut menjadikan kawasan ini menarik untuk dikunjungi bersama rakan atau keluarga, terutamanya bagi mereka yang berminat dengan dunia teknologi dan AI.

Gambar: FuyohhTV
Gambar: FuyohhTV
Gambar: FuyohhTVJom Singgah AI & I Roadshow 2026!
Kalau korang berada di IOI City Mall, jangan lupa singgah ke AI & I Roadshow 2026 untuk explore promosi tech, cuba pengalaman AI dan sertai cabaran menarik yang tersedia.
Event Details
📍 East Court, Lower Ground Floor, IOI City Mall, Putrajaya
📅 4–9 November 2026
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi, aktiviti dan tawaran sepanjang roadshow, boleh layari:👉 brightstarcomp.com/pages/ai-and-i-roadshow-ioi
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman teknologi yang menarik sambil mendapatkan tawaran istimewa di AI & I Roadshow 2026!
- Tarikh
- 2026-11-04 hingga 2026-11-09
- Lokasi
- East Court, Lower Ground Floor, IOI City Mall, Putrajaya
