Makan · Jalan · Aktiviti
Makan, tempat menarik & aktiviti
Tempat Menarik · Negeri Sembilan

11 Pantai Menarik di Port Dickson: Panduan Pantai dari Tanjung Gemok ke Pantai Dickson

Port Dickson bukan ada satu pantai je. Ini 11 pantai menarik di PD dari Tanjung Gemok hingga Pantai Dickson, dengan aktiviti dan keunikan setiap satu.

11 Pantai Menarik di Port Dickson

Ramai ingat Port Dickson cuma ada satu pantai. Sebenarnya ada 11 pantai dengan suasana yang berbeza, dan pantai-pantai di PD kini semakin cantik dan jernih. Ini senarai penuh, ikut susunan dari utara ke selatan.

1. Pantai Tanjung Gemok. Tempat penyu mendarat untuk bertelur. Boleh mandi, memancing dan berkelah.
2. Pantai Batu 1. Ada lookout point menghadap laut, spot OOTD dan kafe untuk minum kopi sambil tengok laut.
3. Pantai Bagan Pinang. Sesuai untuk berkelah, jogging dan mandi. Kalau bernasib baik, boleh tengok aktiviti sukan kapal layar.

4. Pantai Saujana. Pantai yang luas, sesuai untuk mandi seisi keluarga. Ada frame besar untuk OOTD dan kawasan tepi pantai yang dilandskap macam taman, siap dengan gerai.
5. Pantai Cahaya Negeri. Paling unik sebab ada jambatan panjang menghala ke paya bakau di atas laut. Boleh mandi dan berkelah.
6. Pantai Batu 5. Dikenali untuk campervan, dengan kemudahan bilik mandi dan tandas.

7. Pantai Teluk Kemang. Pantai paling terkenal di PD. Banyak kedai cenderamata dan makanan, serta sukan air seperti banana boat dan jet ski.
8. Pantai Purnama. Terletak di bawah bukit, lebih redup, dengan parkir di bahagian atas bukit.
9. Pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon). Antara pantai paling cantik di PD: air jernih, pasir putih, medan selera, jet ski dan kayak, serta bot untuk snorkeling.

10. Pantai Cermin. Tak ramai orang, dikelilingi beberapa villa persendirian. Sesuai untuk berkelah dengan lebih privasi.
11. Pantai Dickson. Agak tersorok dan tenang, boleh nampak pulau dari pantai. Sesuai berkelah, dan hujung pantai jadi port memancing.

Peraturan penting. Sejak Februari 2025, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) melarang pemasangan khemah di 11 pantai ini untuk menjaga kebersihan. Tikar dan kanvas masih dibenarkan.

Tip

  • Khemah dilarang di 11 pantai PD sejak Feb 2025; bawa tikar atau kanvas.
  • Datang awal pagi hujung minggu, terutama ke Teluk Kemang yang paling sesak.
  • Tanjung Biru dan Pantai Cermin sesuai untuk yang mahu suasana lebih tenang.
  • Semak papan tanda larangan mandi di setiap pantai.
Alamat
Port Dickson, Negeri Sembilan

Tonton video FuyohhTV di TikTok