Makan · Jalan · Aktiviti
Makan, tempat menarik & aktiviti
Panduan · Johor

10 Tempat Makan Menarik dari Muar, Tangkak hingga Johor Bahru

Food hunting di Johor: dari Malaysian fusion, kopi tradisional dan tiram Muar sampai western Tangkak, makan tepi sawah dan asam pedas di Johor Bahru.

10 Tempat Makan Menarik dari Muar, Tangkak hingga Johor Bahru

Berjalan dari Muar ke Tangkak sampai Johor Bahru tapi tak tahu nak makan di mana? Dalam video terbaru, FuyohhTV kongsikan 10 port makan yang boleh terus masuk dalam list sepanjang perjalanan.

1. Sama-sama Cuisine, Muar. Konsepnya Malaysian fusion, iaitu makanan lokal dengan sentuhan moden. Menunya dari seafood, burger dan minuman sampai dessert, sesuai untuk family atau geng. Di Google Maps, restoran ni mendapat 4.9 bintang daripada lebih 4,500 ulasan.

2. Kedai Kopi Alsaeed, Muar. Untuk sarapan, suasananya old school dengan menu seperti lontong, nasi lemak, mi jawa, sate dan otak-otak. Paling ngam dengan kopi panas.

3. Asam Pedas PakNdak (Parit Tiram), Muar. Peminat seafood jangan skip. Tarikan utamanya tiram Muar yang segar dan asam pedas ikan, dinikmati sambil layan suasana tepi sungai.

4. Cendol De'Raja, Muar. Lepas makan pedas, basahkan tekak dengan cendol. Ada cendol biasa, pulut, jagung, kacang sampai durian. Masih lapar? Ada juga rojak, mi bandung dan sengkuang calit.

5. Burger D'Raje Western and Grill, Muar. Nama je burger, tapi pilihan menunya banyak termasuk western seperti chicken chop. Antara best seller di sini ialah burger dengan smoked beef brisket.

6. Cafe Lorong by OG's, Muar. Untuk sarapan atau makan tengah hari yang santai, rasa macam makan di rumah dengan menu lokal seperti nasi lemak berlauk, rendang paru, lontong dan sate.

7. LIBTA Coffee, Muar. Untuk coffee lover, LIBTA ada roastery sendiri, jadi korang boleh cuba kopi tradisional atau specialty coffee dalam suasana kafe industrial. Ada juga makanan western dan banyak pilihan lain.

8. Pak Maon Western, Tangkak. Masuk Tangkak, cuba western di sini yang porsinya memang puas. Ada chicken chop, lamb chop, pasta, nasi padang dan yang paling menarik, set talam untuk dikongsi ramai-ramai.

9. Leypark D Sawah, Gerisek. Lepak tepi sawah sambil makan goreng-goreng dan western. Kami terlepas sunset, tapi vibe udara sawah yang sejuk dan suasana kampung yang tenang tetap best.

10. Restoran Sri Pantai Asam Pedas, Kampung Sungai Melayu, Johor Bahru. Tutup trip dengan asam pedas Johor dan seafood sambil layan suasana kampung nelayan.

Dari sarapan di warung, tiram segar, kopi, western dan cendol sampailah asam pedas Johor, memang lengkap. Video ni sebahagian daripada kempen #VisitJohor2026 dan #VisitMalaysia2026. Kalau tengah plan food hunting dari Muar ke JB, save artikel ni dulu.

Tip

  • Mulakan pagi di Muar (Alsaeed atau Cafe Lorong) dan habiskan petang di Leypark D Sawah.
  • Sewa kereta; jarak Tangkak ke Johor Bahru lebih kurang 2 jam memandu.
  • Datang Leypark D Sawah sebelum senja untuk dapat pemandangan matahari terbenam.
  • Tiram dan asam pedas paling sedap dikongsi beramai-ramai.
Alamat
Muar, Tangkak & Johor Bahru, Johor

Tonton video FuyohhTV di TikTok